Saturday, December 31, 2011

Lawatan tapak ke kenanga wholesale city

Assalamualaikum...

hari nie hari terakhir untuk tahun 2011...
esok dah masuk tahun baru..tarikh yang baru, bulan yang baru, hari pun baru..
kalau cuti panjang atau ada masa terluang mesti kebanyakkan orang pergi jalan-jalan kan..

sape-sape yang berbisnes mesti pernah dengar jalan kenanga kan..
tempat memborong baju-baju tak kira la nak fashion macam mana pun..
kedai pun berlambak-lambak dekat situ..
yang pasti mostly atau pun patut guna semuanya peniaga cina..
sepanjang jalan pun dah berpuluh-puluh kedai tetiba nampak pulak wholesale centre
yang besar lagi tinggi depan mata..terus la rasa nak pergi explore..





                                         nie rupa bangunannya dari tepi..gambar ihsan en.google..


bangunan nie je ada 17 tingkat..tempat untuk shoping sampai tingkat 7..kalau tengok dekat dalam nie kedai-kedai semua nampak macam mahal-mahal..lagi-lagi kalau dekat ground floor sampai ke tingkat 3..atas-atas lagi kira takdela menakutkan pun bila tengok..tapi jangan risau sebab walau kedai bawah atau atas harganya still dalam range yang sama dan murah..kena buat banyak-banyak pusingan la untuk compare harga dan boleh beli secara borong or runcit..kalau borong harga murah banyak la tapi kena ambik at least 6 pieces..tempat yang memang selesa..dekat tingkat 15 ada macam kawasan lapang untuk buat event or konsert so atas 2 la tempatnya..tapi tingkat 15 sampai 17 pun ada kedai-kedai jugak tapi jenis open air gitu..kedai nya belum bukak lagi la..surau dekat tingkat 16..lif pun banyak..so, sangat ok la..maybe tempat nie baru jela..kedai pun tak 100% full lagi..time nak pergi solat aku tanya la dekat makcik cleaner ada surau tak..dia punya reaction tue bila dengar perkataan surau macam hape je..yela bukan orang kita kan..aku pun agak jela takde surau dekat sini..tapi dalam hati dok mengomel takkan sebesar-besar bangunan nie takde surau..terus tanya dekat customer service ada ok..tapi nun tinggi kat atas ler..open-air area nie agak scary jugak la..rasa macam di awang-awangan je..pagar pun macam nipis je besinya..kalau bersandar dekat situ boleh rasa nak jatuh ke bawah..kalau sampai ke bawah terus selamat la jawabnya..tak sure tempat nie ramai orang dah tau ke x tapi mostly pengunjungnya cina..taktau la sebab pegi time orang keje kan..habis la kawasan sekitar tue dah pusing..taula dekat mana surau perumahan sri sarawak..kedai makan mana yang sedap..dah cuci mata angkat kaki balik umah..lepas tue melepas nak tengok episod akhir tentang dhia..dah la episod sebelumnya pun miss jugak..kena mengadap tonton.com.my la jawabnya..huhu  

Friday, December 30, 2011

daftar prasekolah....

Assalamualikum...

salam hari jumaat untuk yg terakhir pada tahun nie..
lagi berapa hari je nak masuk sekolah kan..rasa macam baru sekejap je budak-budak 
nie bercuti minggu depan dah nak masuk sekolah semula. hari nie kan hari orentasi 
untuk budak-budak darjah satu kan..dapat la tengok muka-muka suci nak masuk 
sekolah..aku pun ada tanggungjawab hari nie hantar harith pegi sekolah tapi orentasi 
untuk pelajar prasekolah..sepatut nye pukul 8 pagi dah kena daftar dekat sekolah tapi 
entah macam mana terbabas pulak..nie la yang jadi bila terlelap lepas subuh..
sedar-sedar je dah pukul 8..ishishish..
tapi time tido sekejap tue boleh pulak mimpi dengar ceramah kebaikan terus berjaga
lepas subuh..ajaibkan sesi tazkirah dalam mimpi..last-last terlambat..tue la 
pengajarannya baki untuk mimpi yang tak habis tadi..

jadinya terpaksa la naik motor pegi sekolah..which is benda yang kalau boleh memang
nak di elakkan..berapa corner yang nak ditempuh..hazab la jawabnya..

sampai je dekat sekolah tengok budak-budak lain semua pakai baju sekolah..
harith pakai baju t-shirt dengan seluar track je..pelik dah time tue..
tapi tengok mak ayah budak-budak lain ramai-ramai tengah beratur terus la pergi 
tengok dekat kaunter pendaftaran..pelik lagi
bila kaunter untuk prasekolah takde..terus pergi tanya dekat sorang cikgu tue nak
daftar kat mana..tapi jawapan terkejut yang aku dapat..cikgu jawab hari nie hari
orentasi pelajar tahun 1 je..ahhh sudah..salah hari ke salah paham nie..
malu pun ada terus rasa nak balik..tetiba cikgu cakap tapi pelajar prasekolah
macam ada program hari nie..terus la tunjukkan dekat mana kelasnya..

rupanya baru la ku tahu..budak prasekolah daftar dekat tempat lain..tak sama
dengan budak sekolah biasa..sampai je dekat kelas tue terus cikgu tanya nama anak
pass borang yang nak kena isi..aku tengok budak-budak lain ralit je main lego..
harith pulak asyik la mengekor aku je..suruh pegi join budak-budak lain ingatkan
dia pergi..rupanya setia je dok belakang aku..

memang macam tue la kan perasaan budak-budak yang baru 1st time nak jejak
kaki ke sekolah..tempat dan suasana yang asing bagi dorang..hari pertama memang
semua taring tak keluar lagi..huhu..

lepas tue semua mak ayah kena dok kelas sebelah dengar ceramah sket..
budak-budak belajar sesuaikan diri..aku dok bersila atas kerusi luar kelas
budak-budak sambil perhati dorang buat apa..

dalam ramai-ramai budak-budak tue baru la ku nampak anak buah aku rendah sekali..
ku fikirkan dah terlebih tinggi rupanya rendang je..asyikla tertukar-tukar dengan
budak-budak lain..konfius aku..harith pun dok la menjeling-jeling ke luar..
tapi aku dok menyorok sket..biar dia berdikari..dari beratur, senaman ringan,
lompat bintang, menyanyi, lawatan ke kawasan sekolah last sekali mewarna..
tapi dalam banyak-banyak telatah budak-budak nie ada satu peristiwa yang kelakar..
time budak-budak nie nak buat lawatan ke tapak projek, mula-mula budak
perempuan keluar dulu..dah semua pakai kasut tetiba ada sorang budak nie dok
berdiri je..pastu cikgu tanya la mana kasut awak..rupa-rupanya budak nie taktau
mana satu kasut dia..aku gelak je time tue..cikgu suruh tengok lagi pun dia tak
boleh cam..nervous hari pertama sekolah sampai kasut sendiri pun tak cam..
last-last cikgu suruh tunggu sampai student lelaki keluar pakai kasut..mana yang
tinggal tue itulah kasut dia kan..hehe..macam-macam pe’el budak-budak kan..

habis aktiviti semua pukul 10..cikgu suruh beratur sebelum balik, salam cikgu
semua..yang si harith dari beratur no.3 dari depan suka-suka hati dia je terus
pergi depan sekali nak terus salam cikgu nak balik..laju je ea adik nak balik..
tunggu hari persekolah sebenar 4 januari nanti..selamat kembali ke sekolah..